Jumlah Paparan Halaman
Rabu, 5 September 2012
faktor kajatuhan sesebuah tamadun
NAIK DAN JATUH SESEBUAH TAMADUN ITU BANYAK DIPENGARUHI OLEH FAKTOR DALAMAN DAN LUARAN.
1. APAKAH MANUSIA MAMPU MENGELAK FAKTOR-FAKTOR YANG BOLEH MEMBAWA KEPADA KEJATUHAN TAMADUN TERSEBUT?
Tidak dinafikan peranan tradisi keilmuan yang tinggi dalam pembangunan tamadun bangsa. Malah sejarah sendiri telah membuktikan bahawa bangsa yang mempunyai budaya ilmu yang baik mampu mencapai kemajuan dan kecemerlangan dalam pelbagai bidang kehidupan. Sebagai contoh bangsa Yunani purba serta umat Islam suatu ketika dahulu telah mencapai kegemilangan masing-masing menerusi penghayatan tradisi keilmuan yang tinggi.
Namun tradisi keilmuan semata-mata tanpa penekanan yang sewajarnya diberikan kepada soal penghayatan nilai-nilai murni tidak mungkin kegemilangan tadi dapat bertahan untuk suatu tempoh yang lama.
Masyarakat Yunani purba walaupun berilmu, namun mereka gagal dari segi penghayatan dan amalan ilmu. Secara dasarnya mereka mengakui bahawa ilmu perlu selari dengan akhlak, namun dari segi amalan adalah sebaliknya.
Sifat kebendaan (materialism), akan menjadi musibah kepada sesebuah tamadun apabila masyarakatnya tenggelam dalam keseronokan, keselesaan hidup dan mementingkan diri sendiri (selfish). Ibn Khaldun dalam membahas faktor keruntuhan sesebuah tamadun menjelaskan bahawa apabila masyarakat telah terbuai dengan kemewahan, kesombongan dan kemalasan ia kemudian membawa kepada keruntuhan akhlak dan hilangnya perpaduan dan semangat kekitaan (al-‘asabiyyah) maka pada akhirnya semua ini menyebabkan sesebuah tamadun itu berada di ambang kehancuran.[5] Jika analisa Ibn Khaldun berdasarkan kepada tamadun Islam yang telah mencapai kemuncaknya, pada hari ini kita lihat kebendaan menjadi penghalang kepada pembangunan semula peradaban Islam.
Kita memerlukan manusia-manusia yang aktif mindanya, hidup jiwanya, berani bertindak dan melakukan perubahan. Kita perlu membebaskan diri daripada minda yang terjajah, hati yang pasrah, jiwa yang lembik yang tidak berani mengatakan tidak kepada yang tidak benar
Faktor-faktor kejatuhan sesebuah Tamadun
Setiap tamadun sememangnya akan mengalami kemerosotan dan ada pula yang runtuh secaramendadak. Pendapat ini telah ditegaskan oleh Ibn Khaldun. Menurut beliau, sesebuah tamadun dapatdisamakan dengan usia seorang manusia yang akan melalui tempoh kanak-kanak, remaja, dewasa dantua.Beliau turut membahagikan kadar tempoh sesebuah peradaban kepada empat generasi iaitu:a. Generasi pengamalb. Generasi pengikutc. Generasi pemelihara tradisid. Generasi pemusnah tradisi
1. Keruntuhan akhlakKeruntuhan akhlak dalam masyarakat khususnya di kalangan pemimpin adalah factor kemerosotansesebuah tamadun. Penghayatan nilai-nilai murni tidak dipedulikan lagi. Sikap berfoya-foya, amalanrasuah, tamakkan kuasa berlaku secara berleluasa. Contohnya empayar moghul dan kesultanan Delhi.
2. Perpecahan di kalangan masyarakatPerpecahan di kalangan masyarakat turut membantutkan perkembangan tamadun. Contohnyapertentangan antara kaum mawali berbangsa Parsi dengan Bani Umaiyah menyebabkan kerajaan BaniUmaiyah merosot.
3. KetidakadilanKetidakadilan yang berlaku seperti wujudnya jurang perbezaan yang ketara antara golongan kaya danmiskin juga menjadi punca kemerosotan sesebuah tamadun. Contohnya di Yunani terdapat golonganhamba abdi yang hidup melarat yang ditindas dan dikerah untuk mengusahakan tanah golonganberharta telah menyebabkan pemberontakan di kalangan masyarakat bawahan.
4. Ketidakstabilan politikPerpecahan dikalangan negara kota dan wilayah-wilayah yang dijajah.
5. Bencana alam atau malapetakaMenyebabkan berlaku kerosakan harta benda secara besar-besaran seperti banjir, wabak penyakit dansebagainya. Contoh Athens – serangan wabak penyakit yang mengakibat kematian penduduk danpemerintahnya iaitu Pericles.
6. Penerimaan perubahansikap tidak mahu menerima perubahan juga boleh membantutkan perkembangan tamadun. Sikapseperti ini merencatkan daya kreativiti dan inovasi sesebuah masyarakat yang seterusnya membawakepada masyarakat berkeadaan beku atau static berpanjangan. Contohnya kerajaan TurkiUthmaniyyah.
Langgan:
Catatan (Atom)